:: Khasiat Nenas Batu ::
Monday, May 10, 2010
ANTARA KHASIAT DAN RAHSIA NANAS/NENAS BATU MENURUT PENGALAMAN MEREKA YANG TELAH MENGAMALKANNYA
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara.
10. Baik juga untuk mengubati buasir.Minum airnya selama seminggu insyaAllahakan pulih.
CARANYA
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Keluarkan selepas tenggelam. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari.
5. Nanas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
7. Nanas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.
Peringatan:
Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari)
(minum byk2 takut panas!)
Ada lagi cara lain utk guna Nenas Batu ni, samada anda ingin rebus terus pon boleh juga. Tapi airnya akan menjadi lebih pekat, warna air yg direbus tu akan menjadi kemerahan. Makin lama direbus, lagi gelap merah warnanya. Jika anda tahan/mampu utk minum... teruskan lah, jika tak, gunakan cara yg pertama yg telah diberitahu seperti di atas tadi.
Bagi saya sendiri, adalah lebih baik anda meminumnya pada waktu malam sebelum tidur. Kerana waktu malam lebih sejuk berbanding siang.:: Petikan daripada blog/website orang.Untuk bacaan sahaja.
Read more...