:: Khasiat Nenas Batu ::

Monday, May 10, 2010





ANTARA KHASIAT DAN RAHSIA NANAS/NENAS BATU MENURUT PENGALAMAN MEREKA YANG TELAH MENGAMALKANNYA



1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat.

3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.

6. Membantu melancarkan pembuangan angin.

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih dara.

10. Baik juga untuk mengubati buasir.Minum airnya selama seminggu insyaAllahakan pulih.


CARANYA
1. Basuh sehingga cuci bersih.

2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.

3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Keluarkan selepas tenggelam. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari.

5. Nanas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.

6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.

7. Nanas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.



Peringatan: Wanita mengandung tidak dibenarkan minum.

Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari)

(minum byk2 takut panas!)


Ada lagi cara lain utk guna Nenas Batu ni, samada anda ingin rebus terus pon boleh juga. Tapi airnya akan menjadi lebih pekat, warna air yg direbus tu akan menjadi kemerahan. Makin lama direbus, lagi gelap merah warnanya. Jika anda tahan/mampu utk minum... teruskan lah, jika tak, gunakan cara yg pertama yg telah diberitahu seperti di atas tadi.

Bagi saya sendiri, adalah lebih baik anda meminumnya pada waktu malam sebelum tidur. Kerana waktu malam lebih sejuk berbanding siang.

:: Petikan daripada blog/website orang.Untuk bacaan sahaja.

Read more...

:: Selamat Berjuang Wahai Isteriku ::

Monday, May 3, 2010

InsyaAllah 4 Mei 2010 ni syg Abg wat yang terbaik temuduga ni. Tawakal setelah berusaha bersungguh2..Abg pun ada ujian tersendiri bermula 14 Mei 2010. Kita sama2 buat yg terbaik. Doaku sentiasa bersamamu.

Read more...

:: Isteri Teman Perjuanganku ::

Friday, April 30, 2010


Ucapan tahniah buat isteri tercinta yang telah menamatkan pengajian pada 17 Mac 2010,semoga kejayaan menjadi milik kita bersama. Tidak lama lagi sayang akan temuduga, beberapa langkah lagi sahaja syg akan ada kerja tetap. Abang sentiasa mendoakan sayang. Doakan abg juga tau. Selepas usaha bertawakallah kepada Allah,jgn kecewa sekiranya tidak berjaya. Rezeki itu daripada Allah. Betulkan niat kerja menjadi cikgu bukan kerana semata2 gajinya,tapi ini adalah amanah yang besar mendidik anak2 bangsa.Semuanye kerana Allah. Syukuri nikmat2 Allah kurniakn kpd kita..Orang ada lagi susah daripada kita..Tidak aakan ada selepas kesusahan melainkan kesenangan..Dan sesiapa yang bertaqwa kpd Allah,Allah akan memberikan jalan keluar dan memberi rezeki yang tidak ia sangka.

Read more...

:: setia seorang isteri ::

Thursday, January 28, 2010

bila terasa rindu mesti tengok video klip ni..rindunye kat dia..

Read more...

:: selamat Hari lahir ::

Friday, January 15, 2010


Selamat Hari Lahir kepada ibuku Zainab bt ishak semoga diberkati umurnya dan sentiasa berada dalam naungan Allah taala di dunia dan akhirat kelak.Hari yang tiada naungan melainkan naungan arasy Allah Taala.Semoga dapat menimang cucu hendaknya.amin..

Mak doakan anakanda diperantauan ni yer.Semoga berjaya..InsyaAllah nnt dah berjaya n dapat kerja dauz nak bantu keluarga kita dan adik2..insyaAllah.terima kasih kerana melahirkan dauz dan adik2 semua.Semoga SYURGA menjadi Balasan kepada Ibu dan Ayah di akhirat kelak.amin3.

Read more...

:: sesal dahulu PENDAPATAN.sesal kemudian TIDAK BERGUNA ::

Thursday, January 14, 2010

Terkulai cinta Internet
Oleh Amirul Haswendy Ashari
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.

Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.


“Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga penuntut pengajian syariah di sebuah kolej swasta di ibu negara.


Selepas hampir dua bulan berkenalan, kekasihnya mula menunjukkan belang apabila kerap memujuk gadis berasal dari Sabah itu untuk melakukan hubungan seks.

“Saya tak menyangka dia akan meminta melakukan perkara terkutuk itu kerana dia berasal daripada keluarga yang warak.


“Walaupun beberapa kali menolak permintaannya, godaan syaitan lebih dahsyat hingga saya layu di pangkuannya,” katanya yang kini hamil dua bulan hasil hubungan terlarang itu.


Selepas disahkan mengandung, lelaki itu mula bersikap lepas tangan apabila enggan bertanggungjawab.


Bimbangkan perkara lebih buruk terhadapnya, Azie menceritakan perbuatan mereka kepada keluarga lelaki terbabit, tetapi kecewa kerana mereka enggan mendedahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.


“Mereka hanya membantu mendapatkan rumah perlindungan sementara menantikan kelahiran bayi saya, manakala lelaki itu bebas meneruskan kehidupan sehariannya,” katanya.


Dia pula terpaksa menangguhkan pengajiannya bagi mengelak kehamilan luar nikahnya diketahui pihak kolej.


“Jika perbuatan saya terbongkar, saya akan dibuang kolej dan pasti akan mengecewakan keluarga di Sabah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya.


Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya.


“Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai.


“Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya,” kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan santun dan pandai menjaga hatinya.


“Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka,” katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota.


Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta. “Boy menyuruh saya menggugurkan kandungan dengan alasan belum bersedia menjadi bapa, tetapi saya enggan menyebabkan dia meninggalkan saya tanpa khabar berita,” katanya yang enggan membuat laporan polis dengan alasan masih terkejut dengan nasib dirinya.


Turut berkongsi masalah sama, Wani, 25, pelajar kolej swasta di Pahang.


Perkenalan dengan Zul, jejaka dari Melaka menjadikannya hilang pedoman sehingga terlanjur, tetapi lelaki itu enggan bertanggungjawab.


“Kami berjumpa selepas tiga minggu berkenalan melalui laman sosial Friendster.


“Zul sanggup datang dari Melaka ke Pahang semata-mata untuk bertemu saya ketika kami bermadu kasih,” katanya yang terpaksa menangguh pengajian dalam bidang perakaunan kerana kini hamil dua bulan.


“Mungkin disebabkan tak pernah bercinta sebelum ini menjadikan saya hanyut dibuai janji manis lelaki durjana itu,” katanya yang berharap gadis lain tidak terjebak jerat cinta Internet.

Read more...

:: sebuah pemergian ::

Wednesday, January 13, 2010

Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun..Al fatihah buat nenda yang telah kembali ke rahmatullah.Semoga Beliau dicucuri Rahmat dan tergolong dalam kalangan orang2 yg solehah.amin..

Nenek sebelah Ayah di JOHOR telah meninggal dunia pada jam 4pagi tadi..Sebagai TALKIN kepada kita yang masih hidup,gunakanlah masa kita masih hidup ini untuk beribadah sebaiknya.Peringatan buat diri hamba yg lemah ini juga dan juga ahli keluarga yg terdekat juga sahabat.Dunia hampir kiamat..Tanda2 DAJAL juga sudah jelas kelihatan..

Sabda Rasullullah SAW.."Orang yang bijak adalah MEREKA yang membuat persediaan UNTUK menempuh KEMATIAN".

MAUT tidak kenal USIA,TIDAK KENAL MASA DAN TIDAK KENAL TEMPAT..

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP